Salam Ramadhan kepada semua umat Islam di seluruh dunia
.
Dah seminggu pun puasa sedar tak sedar je sebab kita ni manusia yang penuh kelalaian
.
Dalam banyak2 tahun aku puasa, memori paling aku ingat masa tahun 2016 aku berpuasa di Mekah dan Madinah
.
Walapun tak sampai 30 hari di sana, hanya 14 hari berpuasa di sana memang sangat lain feelingnya
.
Masa tu aku ke sana atas urusan kerja, shooting program Astro – Haramain Backpackers musim pertama
.
Sebelum tiba di Mekah, kami dah backpacker dari Malaysia melalui Transiberian, masuk Rusia, turun ke Balkan, dan berhenti di Istanbul
.
Perjalanan yang hampir lebih kurang 2 bulan bersama-sama team production dari Juxtapose Sdn Bhd
.
Nak cerita masa di Mekah tu, kami ada scene shooting di salah satu tempat yg dilaknat iaitu Mada’in Salleh
.
Korang mesti dah tahu kan sebab dah viralkan kat tiktok pasal tempat ni
.
Orang Islam tak bole pegi melawat suka2 hati kat sana
.
Sebab tempat tu Allah dah laknat, Rasulullah pun larang umat Islam melawat situ
.
Tapi kami masa tu pegi atas urusan kerja buat konten utk program Astro
.
Punya la panas temperature rasanya lebih 40 degree kat situ
.
Dengan puasa lagi, korang bayangkanlah… Aku tgk bayang air atas padang pasir tu pun rasa nak minum
.
Kami shooting area situ tak lama dalam 3 jam, then cepat2 naik bas buka ekon full blast, terus balik hotel
.
Kalau extend lagi 10 minit, memang terus berbuka atas padang pasir tu ja la
.
Tak cukup dengan tu, sempat lagi aku singgah ladang unta ni, sebab tetiba producer kata nak buat konten unta pulak
.
Menyirap betul krew produksi masa tu
.
Apakan daya, kami kuli saja, so ikut ja la apa producer nak
.
Ini lah suasana berbuka kat Masjidil Haram, kat Madinah pun sama ramai macam ni
.
Makanan berbuka mostly FREE orang infaq utk korang makan
.
Tak yah risau gi sana waktu Ramadhan, kau memang tak cukup perut nak makan
.
Alhamdulillah semua sedap, nasi Arab hari2 aku makan kat sini
.
Waktu moreh diorang hulur kebab lah, shawarma lah, air tebu lah
.
Mewah makanan kat Mekah dan Madinah ni
.
Suasana Masjid Nabawi di Madinah dengan payung automatiknya
.
Kat Madinah bagi aku tak panas macam Mekah
.
Maybe sebab ada payung dan semburan kipas air macam kedai mamak kat Malaysia
.
So waktu siang bulan Ramadhan ni korang bole jalan2 dalam masjid ni dan rehat2 dibawah payung besar ni
.
Ini port kitorang berbuka atas masjid Nabawi, ada satu area sebelah atas bumbung jadi ko bole berbuka sambil tgk langit
.
Biasanya kitorang akan berbuka kurma dulu, lepas terawih baru makan berat
.
Sebab kasi setel dulu semua solat baru leh makan dengan puas
.
Abis makan kami kena turun shooting konten lagi sampai masuk sahur
.
Itu lah kerja production, mana ada punch card macam orang lain
.
So itulah serba sikit tentang aku di Mekah pada bulan Ramadhan tahun 2016
.
Dalam gambar kat atas ni la pelakon/host utk program Haramain Backpackers tu
.
Nama dia Daniel Tyler… atau org sini panggil dia Mat Dan
.
Ok chow, nanti aku cerita lagi kisah kembara Haramain Backpackers ni
.
Assalamualaikum